..CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU NAMUN KASIH TETAP BERAKAR DALAM HATI SELAMANYA ...

Tuesday, 29 March 2016

KEMBALI KE JALAN



Rumah itu dahulu punya keluarga bahagia Bergema hilai tawa di setiap penjurunya Semekar kasih sayang di tiap tiang serinya Seperti semusim bunga kamelia Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.... Begitulah lumrah kehidupan Orang ketiga menyapa dihadapan Dek kerana bahana jakun dengan kecanggihan Dunia yang tiada sempadan Memecahbelah kehidupan Dosa dan pahala makin menggunung Sehingga rasa tidak tertanggung Pecah belah keluarga lelah dijunjung Derita anak berdua yang menanggung Si berang mula mengangkat tangan Si anak nun jauh di menara ilmu tak tertahan Nekad sudah menjadi pelarian Terus dibawak lari tiga beranak ke negeri darul ehsan Si emak mula hanyut Terleka buaian hati telah terpagut Membuat anak merasa takut Mengenang dosa yang mengikut Diluah mati emak, ditelan mati bapak... Begitulah perasaan anak berdua dibawakan Dikira pelarian ini akan menyatukan Yang rajuk jauh dipujukkan Sangkaan melesit diri dimakan Digelar derhaka oleh yang ditinggalkan Anak derita terkena sumpahan Menegur si ibu ke pangkal jalan Lalu ditengking balik air liur ditelan Penyesalan mengetuk pintu hati tiada henti Serasa mahu mencabut nyawa sendiri Difikir mungkin ini jalan mati Kerana buntu menjengket di titi Besar betul dugaanMu ya Tuhan Tubuh rebah tidak tertahan Tersungkur malu mengadapMu Tuhan Berilah petunjuk dan bukakanlah jalan Kembalikanlah keluarga ini Seperti hari-hari dahulu yang beerti Rindu benar mendengar bunyi Hiruk pikuk di kediaman hati

No comments:

Post a Comment