..CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU NAMUN KASIH TETAP BERAKAR DALAM HATI SELAMANYA ...

Thursday, 31 March 2016

PEMIKIRAN AHADIAT AKASHAH

PEMIKIRAN AHADIAT AKASHAH
            Pilot Cafe sebenarnya mengkritik cara kehidupan yang berlandaskan wang semata mata tidak akan mampu  membeli  kasih sayang. Seperti yang kita tahu,  pemikiran Ahadiat akasyah dalam Pilot Cafe lebih berfokuskan kehidupan seorang lelaki  kaya yang menggunakan  wang  untuk menagih  kasih seorang wanita dan juga menggunakan wang  bagi menghalalkan apa yang diharamkan dari sisi agama. Disamping itu, beliau juga mengenengahkan  sifat  kewanitaaan daripada sudut pandangan seorang lelaki misalnya  watak wanita yang  ditonjolkan  menggambarkan  wanita  yang bermaruah, sabar  dan sangat penyayang. Sifat kasih sayang diterapkan pda watak Maya dan sharmila yang tidak menggugurkan anak, malah Sharmila sendiri bertekad untuk meninggalkan Ameer yg dicintai setelah Ameer sanggup memberi sejumlah wang untuk menggugurkan anak hasil hubungan terlarang mereka. Berbeza dengan  watak maya jika kita lihat sangat setia pada Rashid walaupun pada mulanya Rashid tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

 Pilot Cafe adalah gabungan bersama novelis Zuraidah othman bersama Ahadiat. Novel ini memperlihatkan sudut watak seorang lelaki daripada Ahadiat sendiri manakala Zuraidah pula dari sudut wanita, namun begitu karya-karya lain  seperti Lagenda Budak setan, Untuk 3 Hari dan lain -lain  menunjukkan bahawa  Ahadiat sememangnya seorang yang cukup  sensitif pada perihal kewanitaan.  Umumnya kita tahu bahawa Ahadiat sendiri sangat sensitif terhadap isu wanita disebabkan dia sendiri pernah  menghadapi saat getir bersama isterinya Norhayati dan bekas isterinya Shahilah yang pernah mencetuskan media. Sebenarnya Ahadiat  seorang penulis yg sangat penyayang  dan romantik,  maka tak hairan lah jika setiap novelnya bergenre romance. Pilot Cafe sendiri menceritakan perwatakan seorang perempuan yang setia dan penyabar melalui watak Maya dan Sharmila. Pada dasarnya,  Ahadiat Akashah sangat menyanjungi pengorbanan isterinya Nur Hayati yang sentiasa setia dan banyak berkorban demi kebahagiaanya, malah beliau  selalu menganggap isterinya adalah penyelamat dirinya walau apa jua keadaan.




Pilot Cafe juga adalah idea serta kekreatifan Ahadiat untuk memberi cerminan kehidupan masyarakat tentang isu  pengorbanan serta maruah  seorang wanita yang berkorban  demi cinta  misalnya  melalui watak Sharmila yang menyerahkan seluruh jiwa dan raganya  pada lelaki yang dicintai (Ameer) namun akhirnya lelaki tersebut menilai maruahnya semurah wang ringgit. Novel tersebut turut membawakan watak lelaki  tidak bertanggunjawab melalui Ameer yang bersikap lepas tangan terhadap  kandungan Sharmila dan wanita wanita yang pernah ditidurinya. Menariknya juga, kisah yang ditulis oleh beliau dalam novel ini  memperlihatkan kewujudan  golongan lelaki yang masih menghargai dan mampu membahagiakan  wanita contohnya" sepanjang aku mengenali Khaleed, hatiku terisi ,dia menatang aku bagai minyak yang penuh,tak pernah mengambil kesempatan, tiap bulan, Khaleed memastikan aku peroleh rawatan dan ubat yang cukup sehinggalah aku melahirkan anak Ameer,". jelas Sharmila dapat merasai kebahagiaan daripada Khaleed saat dia meninggalkan Ameer.  Mungkin segelintir masyarakat di luar sana tidak menyukai cara penulisan Ahadiat yang dianggap Picisan dan kurang berilmu ditambah dengan menyentuh sensitiviti peribadi seperti isu rumahtangga dan sebagainya. Wajarnya, itu adalah satu cara beliau untuk mengekspresi apa yang dirasakan, patut dilepaskan dan memberi kepuasan padanya saat beliau berkarya.

Walaupun desus desas yang mengatakan karya penulis ini  dianggap  sebagai novel cinta yang melacurkan bahasa, tidak berilmu dan digelar penulis sampah satu tika dahulu namun beliau adalah seorang penulis yang bersemangat, berbakat dan hebat kerana mampu bersabar menahan cacian dan makian orang sekeliling.  Sebagai seorang penulis yang dikurniakan bakat,  niatnya hanyalah untuk mencari rezeki serta  memberikan  pesanan  pada mereka diluar sana lalu disampaikan terus menerusi karya.

Hakikatnya apa yang disampaikan penulis itu  adalah perihal kehidupan kini dan sememangnya bertujuan. Pokok Pangkalnya,  kita sebagai pembaca harus tahu membezakan baik buruk serta sifat kemanusian yang harus kita teladani dan perlu kita jauhi. Contohnya dalam Pilot Cafe  Ahadiat telah mengajar erti kehidupan yang diadun dengan percintaan, pengorbanan, serta kasih sayang. Walaupun novel ini hanyalah novel popular namun ianya tetap memberi pengajaran tentang kehidupan untuk kita. Diharapkan blog ini akan dapat menggerakkan naluri anda untuk membaca Pilot Cafe agar anda turut menjiwai kisahnya :) 


RUJUKAN


Ahadiat Akashah ; Zuraidah Othman (1999).Pilot CafeKuala Lumpur: Ahadiat Akashah

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=715609

https://www.youtube.com/watch?v=MlseLI-SyyA







No comments:

Post a Comment