Mungkin
ramai yang tidak tahu, Ahadiat
Akashah ialah penulis yang cenderung tentang kemewahan,kekayaan dan kewanitaan dalam setiap karyanya. Jika
diperhatikan Ahadiat sebenarnya sering
memasukkan sifat peribadi beliau yang
gemar bermewah dan sekaligus diaplikasikan dalam kesemua novelnya termasuklah
watak utama dalam Pilot Cafe. Menurut sebuah artikel, Ahadiat sendiri pernah mengakui bahawa
punca sebenar beliau muflis
juga adalah kerana terlampau mengejar kemewahan. Bagi yang
mengenali Ahadiat Akashah beliau mempunyai sensitiviti menjurus kearah
kewanitaan serta novel Pilot Cafe juga masih mengekalkan konsep pengorbanan
seorang wanita. Berikutan kisah pahit manis
beliau yang ditempuh bersama dua orang isterinya, maka beliau lebih gemar
menerapkan konsep percintaan dalam karyanya. Sememangnya penulisan
beliau sangat berbeza dari pengarang lain dan hal ini diakui sendiri oleh peminatnya. Karyanya tidak pernah
mengecewakan pembaca kerana berkesudahan dengan keadaan yang tak pernah kita
jangkakan, Kreatifnya penulisan Ahadiat
memang tak dapat disangkal lagi, dengan diskripsi yang sangat nyata disamping
watak yang bagus malah jelas terperinci.
Maka tidak hairanlah seandainya beliau
dikatakan mempunyai pelbagai jenis golongan peminat lantaran stail penulisan yang santai, lawak serta
romantik ini sememangnya mengikut kriteria pembaca.
RUJUKAN
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2010/06/30/kereta-rumah-mewah-ahadiat-jadi-pertikaian/
No comments:
Post a Comment