..CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU NAMUN KASIH TETAP BERAKAR DALAM HATI SELAMANYA ...

Sunday, 3 April 2016

LATAR BELAKANG BLOGGER







Berkat izin Allah maka lahirlah anak perempuan bongsu  pasangan Inson Bt Yahya dan Abd Hamid Bin Salleh  daripada sebelas orang anak. Tepat 18 januari 1994, jam 10 pagi maka  anak yang diberi nama Siti Mariam Bt Abd Hamid ini selamat dilahirkan di Hospital Besar Kangar, PerlisKelahiran anak ini disambut dengan gembira dan nama istimewa dipilih dengan harapan besar kelak anak ini menjadi wanita yang kuat, teguh dan bersemangat. Berbekalkan pekerjaan sebagai seorang petani dan suri rumahtangga sepenuh masa kedua dua pasangan ini menghiasi anak itu dengan ilmu agama dan kasih sayang yang cukup sehinggakan dapat membesar dengan sihat. Kini anak  itu  sedang menuntut ilmu  dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan sebuah Universiti bertaraf Antarabangsa di Malaysia dengan harapan dapat menggembirakan syurganya.


No comments:

Post a Comment