..CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU NAMUN KASIH TETAP BERAKAR DALAM HATI SELAMANYA ...

Friday, 1 April 2016

BIOGRAFI PENGARANG


Nama sebenar : Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah
Nama Panggilan : Ahadiat Akashah
Umur : 51 tahun
Tarikh Lahir : 11 April 1965
Tempat Lahir : Kampung Gombak Tambahan,
Gombak, Selangor.
Pengalaman menulis : 31 Tahun
 Isteri : Nurhayati Mohd Fauzi
 Anak : Aishah Akashah, Athirah Akashah,
 Anisah Akashah,  dan Adam Adiat Akashah,


                   Novelis Ahadiat Akasyah ialah Graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, UK. Permulaan kariernya hanyalah sekadar mencuba nasib terhadap  karya manuskrip yang diterbitkan tidak mampu menepati tema jiwa remaja. Atas cabaran bapa saudaranya, Marwilis Haji Yusuf maka  Ahadiat berjaya  melahirkan novel pertama berjudul Antara Simpati dan Sayang yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak pihak. Ahadiat juga adalah diantara  penulis novel terbanyak di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku) malah novelnya juga terpilih menjadi teks  Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007. Novelis ini pernah menjadi novelis terkaya di Malaysia dan mempunyai sebuah syarikat penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd. Seperti penulis yang lain, beliau turut berhadapan ujian yang  sangat berat  dalam hidupnya.  Menurut info media,  pada tahun  1998 beliau pernah  muflis gara-gara sebuah kes penipuan kereta mewah yang melibatkan sahabat baiknya sendiri. Pada waktu itu juga beliau dikecam masyarakat oleh isu ketidakmampuannya untuk memberi nafkah kepada anaknya (Aishah Ahadiat) bersama bekas isterinya telah menyebabkan kesan kejatuhan karier beliau. 

                   Ibarat pepatah melayu “sudah jatuh ditimpa tangga,” pada  tika itu juga beliau diduga dengan penyakit gaut yang kritikal hingga tahun 2009. Isu-isu rumahtangga serta masalah kesihatan itu membuatkan Ahadiat kehilangan peminat nya tersendiri  dan menyepi buat seketika. Namun di sebalik ujian tersebut beliau bangkit semula untuk menebus kejatuhannya dan kembali bersemangat serta membuktikan pada masyarakat luar bahawa dia juga mampu hidup sebagai seorang penulis . Beliau pernah dihentak dan dimaki oleh bapa saudaranya kerana hasil manuskrip yang dihasilkan tidak menarik dan kurang difahami oleh  Sebab itu, dia memilih genre percintaan remaja sebagai permulaan kerana lebih dekat dengan dirinya. Masa beredar terlalu pantas menyebabkan dia tidak menyedari bahawa kekayaan yang dikumpul hasil keuntungan mendadak  jualan novel yang berada di pasaran sejak 1985  mampu mempopularkan nama dan karyanya setelah diadaptasi kini. 





RUJUKAN
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_12.htm

No comments:

Post a Comment