Berkat izin Allah maka lahirlah anak perempuan bongsu pasangan Inson Bt Yahya dan Abd Hamid Bin Salleh daripada sebelas
orang anak. Tepat 18 januari
1994, jam 10 pagi maka anak yang diberi nama Siti Mariam
Bt Abd Hamid ini selamat dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis. Kelahiran
anak ini disambut dengan gembira dan nama istimewa dipilih dengan harapan besar
kelak anak ini menjadi wanita yang kuat, teguh dan bersemangat. Berbekalkan
pekerjaan sebagai seorang petani dan suri rumahtangga sepenuh masa kedua dua
pasangan ini menghiasi anak itu dengan ilmu agama dan kasih sayang yang cukup sehinggakan dapat membesar dengan sihat. Kini anak itu sedang menuntut ilmu dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera di
Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan sebuah Universiti bertaraf
Antarabangsa di Malaysia dengan harapan dapat menggembirakan syurganya.
Sunday, 3 April 2016
Friday, 1 April 2016
BIOGRAFI PENGARANG
Nama sebenar : Ahadiat
Akashah Kairuddin Akashah
Nama Panggilan :
Ahadiat Akashah
Umur : 51 tahun
Tarikh Lahir : 11 April 1965
Tempat Lahir : Kampung
Gombak Tambahan,
Gombak, Selangor.
Pengalaman menulis : 31
Tahun
Isteri : Nurhayati Mohd Fauzi
Anak : Aishah Akashah, Athirah Akashah,
Anisah Akashah, dan Adam Adiat Akashah,
Novelis Ahadiat
Akasyah ialah Graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London
Institute, UK. Permulaan kariernya hanyalah sekadar mencuba nasib terhadap karya manuskrip yang diterbitkan tidak mampu menepati tema jiwa remaja. Atas cabaran bapa saudaranya, Marwilis Haji Yusuf maka Ahadiat berjaya melahirkan novel pertama berjudul Antara
Simpati dan Sayang yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak pihak.
Ahadiat juga adalah diantara penulis
novel terbanyak di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (86 buah
buku) malah novelnya juga terpilih menjadi teks
Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007. Novelis
ini pernah menjadi novelis terkaya di Malaysia dan mempunyai sebuah syarikat
penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd. Seperti penulis yang lain, beliau turut berhadapan ujian yang sangat berat dalam hidupnya. Menurut info media, pada tahun
1998 beliau pernah muflis
gara-gara sebuah kes penipuan kereta mewah yang melibatkan sahabat baiknya
sendiri. Pada waktu itu juga beliau dikecam masyarakat oleh isu ketidakmampuannya untuk memberi nafkah kepada anaknya (Aishah
Ahadiat) bersama bekas isterinya telah menyebabkan kesan kejatuhan karier
beliau.
Ibarat pepatah melayu “sudah jatuh ditimpa tangga,” pada tika itu juga beliau diduga dengan penyakit gaut yang kritikal hingga tahun 2009. Isu-isu rumahtangga serta masalah kesihatan itu membuatkan Ahadiat kehilangan peminat nya tersendiri dan menyepi buat seketika. Namun di sebalik ujian tersebut beliau bangkit semula untuk menebus kejatuhannya dan kembali bersemangat serta membuktikan pada masyarakat luar bahawa dia juga mampu hidup sebagai seorang penulis . Beliau pernah dihentak dan dimaki oleh bapa saudaranya kerana hasil manuskrip yang dihasilkan tidak menarik dan kurang difahami oleh Sebab itu, dia memilih genre percintaan remaja sebagai permulaan kerana lebih dekat dengan dirinya. Masa beredar terlalu pantas menyebabkan dia tidak menyedari bahawa kekayaan yang dikumpul hasil keuntungan mendadak jualan novel yang berada di pasaran sejak 1985 mampu mempopularkan nama dan karyanya setelah diadaptasi kini.

RUJUKAN
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_12.htmSINOPSIS PILOT CAFE
SINOPSIS PILOT CAFE
Pilot
Cafe ini
adalah hasil gabungan penulis Ahadiat Akashah dan juga Zuraidah Othman. Katanya mereka mendapat ilham melalui realiti hidup masyarakat pada waktu itu dan penting bagi mereka untuk diketengahkan. Ternyata penerimaan novel ini sangat mengagumkan malah
setelah diadaptasi, kutipan filem arahan Osman Ali itu sudah mencapai 1.7 juta dalam masa lima hari
ditayangkan. Kata orang “tuah ayam nampak dikaki ,tuah manusia siapa tahu” siapa
sangka rezeki novelis kita yang
dahulunya penuh dengan derita kini
alhamdulilah semakin bertambah
rezekinya.Ternyata dunia perfileman kini
bsedikit sebanyak membantu mengembangkan karya karya di Malaysia.
Novel ini mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reza yang suka berfoya-foya mula berubah dan insaf selepas kehilangan orang tersayangnya. Ameer kemudiannya telah membuka cafe,dan dari situ dia telah bertemu dengan seorang gadis bernama Maya. Ameer sering diburu igauan ngeri atas perbuatan lampaunya.bagi menebus kesilapannya,Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan mengusahakan Pilot Cafe. Takdir menemukan Ameer bersama gadis kampung, Maya yang diburu bapa ayam. Melihat keadaan Maya, Ameer terus menghulur bantuan.sedikit demi seedikit Ameer mengetahui punca Maya melarikan diri membuatkan dia bersimpati terhadap gadis naif yang berbadan dua dek keterlanjuran dengan kekasihnya Rashid. Saat itu dia terkenangkan Sharmila wanita yang pernah ditidurinya dan tanpa sedar dia tertarik pada gadis tersebut. Malangnya Sharmila telah menghilangkan diri sewaktu Ameer menyuruh dia menggugurkan kandungan dan berkahwin dengan Khaleed yang mencintainya. Ameer mengambil keputusan memberi perlindungan pada Maya dan bayinya. Namun Saat Ameer mencintai maya,Rashid pula datang menuntut janji.
RUJUKAN
Ahadiat Akashah ; Zuraidah Othman (1999). Pilot Cafe . Kuala Lumpur: Ahadiat Akashah

SENSITIVITI DAN KREATIVITI PENGARANG
Mungkin
ramai yang tidak tahu, Ahadiat
Akashah ialah penulis yang cenderung tentang kemewahan,kekayaan dan kewanitaan dalam setiap karyanya. Jika
diperhatikan Ahadiat sebenarnya sering
memasukkan sifat peribadi beliau yang
gemar bermewah dan sekaligus diaplikasikan dalam kesemua novelnya termasuklah
watak utama dalam Pilot Cafe. Menurut sebuah artikel, Ahadiat sendiri pernah mengakui bahawa
punca sebenar beliau muflis
juga adalah kerana terlampau mengejar kemewahan. Bagi yang
mengenali Ahadiat Akashah beliau mempunyai sensitiviti menjurus kearah
kewanitaan serta novel Pilot Cafe juga masih mengekalkan konsep pengorbanan
seorang wanita. Berikutan kisah pahit manis
beliau yang ditempuh bersama dua orang isterinya, maka beliau lebih gemar
menerapkan konsep percintaan dalam karyanya. Sememangnya penulisan
beliau sangat berbeza dari pengarang lain dan hal ini diakui sendiri oleh peminatnya. Karyanya tidak pernah
mengecewakan pembaca kerana berkesudahan dengan keadaan yang tak pernah kita
jangkakan, Kreatifnya penulisan Ahadiat
memang tak dapat disangkal lagi, dengan diskripsi yang sangat nyata disamping
watak yang bagus malah jelas terperinci.
Maka tidak hairanlah seandainya beliau
dikatakan mempunyai pelbagai jenis golongan peminat lantaran stail penulisan yang santai, lawak serta
romantik ini sememangnya mengikut kriteria pembaca.
RUJUKAN
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2010/06/30/kereta-rumah-mewah-ahadiat-jadi-pertikaian/
Subscribe to:
Posts (Atom)